Tuesday, May 26, 2009

Perimbangan Perkataan Dalam al-Quran

Perimbangan Perkataan

Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. 1400 tahun yang lalu mengandungi banyak keajaiban-keajaiban. Antara keajaiban-keajaiban tersebut sudah ditemui oleh manusia, umpamanya susunan al-Quran itu sendiri merupakan fenomena yang menakjubkan. Antara perkara yang menakjubkan ialah perkataan-perkataan tertentu dalam al-Quran itu bersifat berimbang, bukan hetam kromo. Perimbangan perkataan-perkataan tersebut boleh dibahagikan kepada perimbangan yang berkaitan dengan fenomena natural atau tabeii alam ini. Sesiapa yang memilikki kitab al-Mu'jam al-Mufhiris lil lafzil Quran al-Kareem, sebuah kamus Quran yang menyenaraikan semua perkataan yang terdapat dalam al-Quran boleh semak perkataan yang saya jelaskan.




Fenomena Alam Tabii

Antara perkataan yang berkaitan dengan fenomena alam tabii ialah perkataan yaum. Perkataan yaum bermaksud hari tetapi ia adalah dalam bentuk mufrad atau singular atau tunggal. Perkataan yaum dalam bentuk jama' ialah ayyam atau yaumein. Perkataan hari dalam bentuk mufrad disebut dalam bentuk al-yauma dan juga yauma. Sila perhatikan petikan dari Kamus Quran ini.

Perkataan al-Yaum 349 kali disebut dalam al-Quran.




Yauma disebut dalam al-Quran enambelas kali. Lihat



Perkataan al-Yaum disebut sebanyak 349 kali dan yauma disebut sebanyak 16 kali. Campurkan al-Yaum dan Yauma (349 +16=365). Apakah satu kebetulan perkataan hari dalam bentuk mufrad/singular/tunggal disebut sebanyak 365 kali dan bilangan hari dalam setahun ialah 365 hari!


Perkataan Syahr (bulan)

Perkataan bulan atau syahr disebut dalam bentuk mufrad/singular/tunggal dalam al-Quran dalam bentuk as-syahru dan syahroo. Perkataan bulan(syahr) dalam bentuk jama'/plural pula disebut dalam bentuk ashoor. Lihat petikan berikut:





Perkataan as-Syahru disebut sebanyak 10 kali dalam al-Quran dan perkataan syahroo disebut sebanyak dua kali. Lihat petikan di bawah.




Campurkan perkataan as-syahru dan syahroo. As-syahru disebut sebanyak 12 kali dalam al-Quran dan perkataan syahroo disebut 2 kali. 10+2=12. Apakah kebetulan perkataan syah disebut dalam bentuk mufrad/singular/tunggal sebanyak 12 kali dan setahun ada 12 bulan! Cuba anda fikir
.
Sekarang kita lihat pula perkataan tahun dalam bentuk mufrad (singular) iaitu sanah dan dalam bentuk jamak (plural) iaitu sinin. Perkataan sanah disebut dalam al-Quran sebanyak tujuh kali dan perkataan sinin disebut sebanyak 12 kali.
.
Mengapa sanah disebut 7 kali dan sini 12 kali?
Perkataan sanah dan sinin disebut 19 kali dalam al-Quran. Perkataan sanah 7 kali dalam bentuk singular/mufrad dan perkataan sinin disebut sebanyak 12 kali. Mengapa 19 kali? Takwim yang dinamakan sebagai Metonic Cycle menunjukkan bahawa 1 pusingan Metonic mengambil masa 19 tahun sekali. Bumi berpusing mengeliling matahari dan bulan pula mengelilingi bumi dan juga mengelilingi matahari.
Pusingan Metonic atau enneadecaeteries dalam kajian astronomi dan takwin merupakan satu anggaran bagi hasil dharab yang sama antara tahun tropika dan bulan sinodik. Seorang ahli astronomi Greek bernama Meton memerhatikan bahawa satu pusingan 19 tahun hampir sama dengan 235 bulan sinod, dan jika dibulatkan nilai ini, ia adalah 6940 hari. Perbezaan antara 19 tahun tahun tropika dan 235 bulan sinod (yang berdasarkan kepada lunar) hanyalah 2 jam sahaja. Dengan mengandaikan bahawa 1 tahun adalah sama dengan 1/19 X 6940 hari, menjadikan satu tahun bersamaan dengan (365 + 1/4 + 1/76 ) hari, lebih sedikit dari 12 bulan sinodik. Untuk memastikan bahawa tahun yang berdasarkan kepada 12 bulan lunar berjalan seiring dengan satu tahun solar, satu intercalary bulan ke-13 perlu dicampurkan kepada 7 tahun tertentu sepanjang pusingan 19 tahun. Secara tradisinya (dalam takwim Kuno babylon dan juga Yahudi), tahun-tahun yang ditambah dengan bulan ke-13 ialah tahun ke3-2,6,8,11,14,17 dan 19.
Ya! Apakah kebetulan, perkataan sanah disebut 7 kali dan sinin disebut 12 kali dalam al-Quran dan 7 tahun ditambah dengan bulan ke-13, dan 12 bulan tidak. (Sanah bermaksud tahun dalam bentuk mufrad!).
Sekarang mari kita lihat perimbangan perkataan yang lain! Klik blog yang bertajuk PERIMBANGAN